Posts

Mengurus Anak Dengan Tenang

Image
Dah lama tak coret panjang2. Tips mengurus anak yang berusia 1 tahun ke atas dari abah. Bila dia dah jaga tu fokus dengan dia. Tinggalkan segala pekerjaan yang dilakukan. Tak kisahlah masak ke sidai baju ke lipat kain ke dan sebagainya. Layan dia sampai dia puas main. Ingat masa anak kecik ni sekejap je. Main kejar2 dengan dia. Gelak sama2 dengan dia. Kalau dia mintak agah dia kita agah dia. Dia akan belajar dari kita apa perkara yang boleh dan tak boleh. Peniruan di usia begini sangat tinggi. Apa yang kita buat dia akan tiru. Kita minum berdiri dia ikut. Kita tunggang air dari botol pun dia ikut. Kalau kita minum duduk dan minum dari cawan yang sama dengan dia akan ikut dan minta. Kita adalan acuan bagi dia. Dia adalah bentuk kuih yang akan diacu. Kalau kita nak donut bentuk bulat kita kena gentek bulat atau kita guna acuan donut. Sekreatif mana kita kena ingat anak itu acuan kita. Dan kitalah kuih yang dihasilkannya. Kalau baik kita corakkan anak itu maka baiklah hasilnya cora

Sleepy Pillow Mist

Image
Akhirnya sampai Sleepy Pillow Mist ummi. Sejak2 dah habis ni kemain lagi Atiq Afiq meragam nak tidur. Kalau tak setiap malam ummi akan spray dalam 3-5 kali bagi ada aura tenang dalam bilik tu. Lavendar mampu meningkatkan mood tidur. Selain dari guna aromaterapi cara paling mudah dan selamat spray je. Takyah susah2 nak pasang plug dan diffuse dulu minyak tu. Bila anak dah dua ummi kerja nak benda yang ringkas dan mudah je. Tak perlu nak memeningkan kepala dan menyusahkan diri. Amek spray kat tilam bantal dan baju anak. Lepas tu hidupkan mood tidur untuk anak. Pasang lampu bagi malap. Nak senang guna lampu tidur. Anak2 ummi ni memang dah biasa guna lampu tidur sejak dari kecik lagi. Jadi diorang tahu dah bila pasang je lampu tidur tu tanda nak tidur. Macam ummi dulu suka bergelap baru boleh tidur. Jadi ikut mana yang anak selesa. Sebab kita ibubapa kita yang mencorakkan diorang. Jadi ibubapa zaman sekarang ni tak mudah. Tapi dengan ikut cara didikan Islam insyaAllah semua jadi mudah

Saya Pengedar Tasneem Naturel Shah Alam

Image
Assalamualaikum dan selamat petang buat semua ibu-ibu. Mesti ibu yang menjadi suri rumah baru sahaja selesai melunaskan tanggungjawab memasak dan menyuap makanan buat anak masing-masing. Bila perut anak dah kenyang dan susu pun cukup, anak tidak akan meragam. Bila anak tidak meragam 'mood' anak akan sentiasa happy dan ceria. Anak hanya akan buat perangai apabila perut mereka lapar, tak cukup tidur, tak cukup rehat dan perut mereka mengalami cirit-birit dan kembung. Bila mana anak selsema, batuk-batuk dan berkahak anak akan mula meragam dan membuatkan mereka tak cukup tidur. Bila terjadi perkara ini, anak akan mula mengamuk dan baling-baling barang atau dikenali sebagai tantrum. Bila anak tantrum, ibu-ibu akan mula penat dan mula marah-marah. Jadi anak akan buat perangai dan mula memeningkan kepala ibu-ibu sekalian. Apa yang ibu-ibu boleh buat mula-mula sekali bukakn baju dan pampers anak. Mandikan mereka bagi mereka tenang dan sejuk. Bila mereka selesa 'mood