Mengurus Anak Dengan Tenang

Dah lama tak coret panjang2. Tips mengurus anak yang berusia 1 tahun ke atas dari abah. Bila dia dah jaga tu fokus dengan dia. Tinggalkan segala pekerjaan yang dilakukan. Tak kisahlah masak ke sidai baju ke lipat kain ke dan sebagainya. Layan dia sampai dia puas main. Ingat masa anak kecik ni sekejap je. Main kejar2 dengan dia. Gelak sama2 dengan dia. Kalau dia mintak agah dia kita agah dia. Dia akan belajar dari kita apa perkara yang boleh dan tak boleh. Peniruan di usia begini sangat tinggi. Apa yang kita buat dia akan tiru. Kita minum berdiri dia ikut. Kita tunggang air dari botol pun dia ikut. Kalau kita minum duduk dan minum dari cawan yang sama dengan dia akan ikut dan minta. Kita adalan acuan bagi dia. Dia adalah bentuk kuih yang akan diacu. Kalau kita nak donut bentuk bulat kita kena gentek bulat atau kita guna acuan donut. Sekreatif mana kita kena ingat anak itu acuan kita. Dan kitalah kuih yang dihasilkannya. Kalau baik kita corakkan anak itu maka baiklah hasilnya corak di kain putih suci bersih itu. Anak2 lambang peribadi di rumah. Kalau kita jenis yang suka menjerit2 dan baling2 barang semasa dia kecil dan membentak2 dia akan refleks kembali sikap dan sifat buruk itu. Apa yang kita perlu lakukan masih belum terlambat untuk kita perbetulkan kerana anak2 masih lagi suci. Masih lagi mudah menerima arahan kita macam span yang menyerap air. Kita cuba dan cuba untuk perbetulkan silap kita dengan menerangkan pada perkara ini salah dan perkara ini betul. InsyaAllah dengan izin Allah semuanya akan kembali menjadi normal dan mengikut norma yang seperti sediakala. Sekian, Nurun Najat binti Hamdan #tipsummiafiqdanatiq #notadariabah #ummimasihbelajarmenjadiibu

Comments

Popular posts from this blog

Sleepy Pillow Mist

Saya Pengedar Tasneem Naturel Shah Alam